0

Laksa Sarawak

Published at 4:01 AM in , , ,

Bahan-Bahan:

Bahan Kuah
Sebungkus perencah laksa sarawak (500gm)
Sebungkus mee hoon (dicelur dan ditoskan)
Santan pekat (boleh juga diganti dengan susu cair)
air secukupnya
Garam secukup rasa (tambah MSG atau penambah perisa jika mahu)

Bahan Sambal
10 tangkai cili kering (direndam dan digiling)
1 sudu kecil belacan
Minyak masak
10 biji limau kasturi

Bahan Inti
300 gram isi ayam (dikukus dan dicarik nipis-nipis)
150 gram tauge (dicelur dan dibuang ekornya)
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis-nipis)
3 biji telur (digoreng dan dihiris nipis-nipis)
Udang Segar (direbus atau dicelur dan dibuang kulitnya)
1 bungkus kecil Fishball (digoreng dan dihiris nipis)
Bawang goreng
Daun kesum
5 biji cili merah (jika mahu)

Cara:
1. Campurkan perencah laksa sarawak bersama air secukupnya dan rebus selama 30 minit.
2. Kecilkan api, masukkan santan pekat (atau susu cair) bersama garam dan perisa secukupnya.
3. Goreng cili kering bersama-sama belacan dan biarkan.
3. Ambil semangkuk mee hoon dan tuangkan kuah laksa sarawak.
4. Ambil sedikit bahan-bahan inti dan campurkan bersama-sama kuah dan mee hoon tadi.
5. Perahkan sedikit limau kasturi dan campurkan sedikit bahan sambal ke dalam mangkuk mee hoon dan kuah tadi.
6. Akhir sekali,taburkan daun kesum dan bawang goreng di atas laksa.

Cadangan Hidangan:
1. Untuk 3 hingga 5 orang.


Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

Post Details

No Response to "Laksa Sarawak"

Post a Comment